|
Selamat Datang ke Laman Web KPS |
|
|
|
|
Ditulis oleh Admin
|
|
Selasa, 01 Jun 2010 00:00 |

| IR. SAARI BIN ABDULLAH Jurutera Projek Komponen Pengairan dan Saliran, IADA Barat Laut Selangor.
| Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya jua, Komponen Pengairan dan Saliran (KPS) dapat mewujudkan laman web rasmi jabatan untuk tatapan semua pihak. Laman web ini diwujudkan untuk memberi maklumat perlaksanaan projek-projek yang dilaksanakan oleh KPS. Selain dari itu, laman web ini juga akan menjadi tempat orang awam dan pelanggan mengemukakan sebarang masalah melalui e-aduan untuk tindakan segera daripada KPS. Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini, kehendak pelanggan terhadap perkhidmatan awam semakin meningkat. Oleh itu usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dan maklumat mestilah dilaksanakan terus menerus bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan bagi menjayakan visi dan misi KPS. Semua warga kerja KPS haruslah berfikiran terbuka dan inovatif dalam menjalankan tugas harian tanpa perasaan takut untuk membuat apa-apa perubahan kearah kebaikan. Saya juga berharap agar laman web ini dapat memberi maklumat yang bermanafaat kepada semua golongan masyarakat. Akhir kata penghargaaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa ICT KPS yang telah berjaya mewujudkanlaman web ini. Ir. Saari Bin Abdullah Jurutera ProjekKomponen Pengairan Dan Saliran - IADA Barat Laut Selangor |
|
LAST_UPDATED2 |
|
|
Ditulis oleh Admin
|
|
Selasa, 01 Jun 2010 00:00 |
|
Projek Pembangunan Pertanian Barat Laut Selangor adalah salah satu daripada beberapa buah projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian Malaysia berasaskan kepada konsep Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Projek ini melibatkan pembangunan infrastruktur untuk tujuan pertanian secara "in-situ". Pembinaan infrastruktur pengairan, saliran dan jalan-jalan ladang dimulakan pada 6 Jun 1978 dan telah siap dilaksanakan pada tahun 1985. Jumlah kos projek adalah sebanyak RM217.72 juta dimana sebanyak RM64.5 juta adalah dibiayai melalui pinjaman Bank Dunia. WAWASAN PROJEK Bagi mencapai objektif tersebut, strategi-strategi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan projek adalah seperti berikut:-
| Meningkatkan kemudahan infrastruktur sediada untuk membangun dan memajukan sektor pertanian |
| Menggalakkan petani-petani untuk memuafakat diantara satu dengan lain untuk menguruskan ladang mereka secara berkelompok |
| Menggalakkan aktiviti-aktiviti sampingan seperti ternakan lembu, kambing dan menanam tanaman jangka pendek bagi mendapat pendapatan tambahan | | Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada petani-petani dalam bidang pengurusan aktiviti pertanian serta pemindahan teknologi moden |
|
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca Lagi...
|
|
|
Kejohanan Petanque Piala MDKS 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh zaki
|
|
Sabtu, 07 Julai 2007 17:54 |
|
KEJOHANAN PETANQUE (DOUBLE) PIALA MDKS 2010 TARIKH : 10 & 11 JULAI 2010 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : ARENA PETANQUE, MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 
Buat pertama kalinya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menganjurkan Kejohanan Petanque (Double) Piala MDKS. Kejohanan ini terbuka kepada semua yang bekerja, bermastautin dan yang sedang belajar di Kuala Selangor. Kelab Sukan dan Kebajikan Komponen Pengairan dan Saliran (KESKOPS) IADA Barat Laut Selangor telah menerima jemputan bagi pertandingan tersebut. Tanpa mengenal apa itu petanque, KESKOPS menghantar tiga pasukan petanque (double) yang terdiri daripada satu pasukan wanita dan dua pasukan lelaki atas tiket Komponen Pengairan dan Saliran (KPS). |
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca Lagi...
|
|
|